30 March, 2012

Adakah Islam Tidak Toleransi Terhadap Agama Lain?

Dengan nama Allah yang Mahapengasih lagi Mahamengasihani


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ


Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam beragama, Surah Al-Baqarah 256


Islam adalah agama yang terbuka dalam masalah beragama, Islam memberi hak kepada setiap insan untuk memilih agama yang mereka suka,dakwaan bahawa Islam tidak toleransi terhadap agama lain adalah tidak benar sama sekali,malahan bertentangan dengan konsep yang telah ditetapkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran.


Kebebasan memilih agama tidaklah bermakna murtad adalah dibolehkan dalam Islam. Hukum murtad dalam Islam adalah untuk mengelakan agama ini dari menjadi permain dan olok-olokan golongan munafiq dan golongan kafir. Setiap orang boleh mimilih mana-mana agama yang dia kehendaki,akan tetapi apabila mereka memilih Islam mereka tidak boleh keluar dari Islam,kerana mereka telah di beri pilihan dan mereka memilih dengan keyakinan, siapa yang telah yakin maka tidak boleh ragu-ragu sesudahnya.


الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ


Maksudnya : Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak (kezaliman) sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak di sebutkan nama Allah.Pasti Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa. Surah Al-Hajj ayat 40


Pemahaman dari ayat:-
Allah swt menegaskan dalam ayat ini bahawa Dia membangkitkan satu golongan manusia yang menetang kezaliman,Jika Allah tidak membangkitkan mereka nescaya golongan yang zalim akan merobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak di sebutkan nama Allah.


Jadi boleh difahami di sini bahawa merobohkan tempat-tempat ibadat adalah tindakan yang zalim,dan tujuan Allah membangkitkan kita umat Islam adalah utuk menentang kezaliman supaya tidak dirobohkan tempat-tempat ibadah yang banyak disebut padanya nama Allah.


Perlu kita ingat disini bahawa islam telah menggariskan etika dalam peperangan,antaranya tidak membunuh wanita,kanak-kanak,orang tua,rahib-rahib dan juga tidak menebang pokok serta memusnahkan rumah ibadat. Jika di dalam peperangan kita dilarang dari merobohkan rumah ibadat apatah lagi dalam keadaan aman,dalam masyarakat Islam yang di dalamnya ada Ahli Zimmah,tentu sekali di larang.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تعملون


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Surah Al-Maidah 8


Pemahaman dari ayat:-
Allah swt menyuruh kita berlaku adil terhadap siapa sahaja(sesama muslim dan bukan muslim) Allah juga melarang kita dari berlaku tidak adil atas doroang kebencian kita terhadap sesuatu kaum.Janganlah kebencian kita terhadap kekafiran menyebabkan kita berlaku zalim terhadap orang kafir. Sememangnya kita di suruh membenci kekafiran,tetapi bukan membenci orang kafir,boleh jadi mereka kafir di waktu pagi akan tetapi beriman di waktu petang, seperti kisah ahli sihir-ahli sihir firaun yang dirakamkan oleh Al-Quran dalam surah Taha ayat 65 hingga 73.


Kekafiran adalah musuh kita,akan tetapi orang kafir adalah mad‘u (مدعو ) orang yang kita seru kepada keimanan. Jika mereka tahu akan hakikat kebenaran dan kesesatan mereka juga pasti tidak mahu mengikuti jalan yang sesat, kerana mengikuti jalan yang benar adalah fitrah bagi manusia.


Memusnahkan dan merobohkan gereja dan rumah ibadat agama lain adalah satu kezaliman,bahkan dengan tindakan ini akan menimbulkan fitnah terhadap Islam dan akan merosakkan nama baik Islam,seterusnya menambah permusuhan bukan Islam terhadap orang Islam dan agama Islam, merosakkan prestasi para pendakwah serta menjauhkan lagi mereka dari Dakwah Islamiah.


Menzalimi ahli zimmah adalah perbuatan berdosa dalam Islam,Nabi saw memerintahkan kita menjaga hak ahli zimmah,melindungi nyawa mereka dan harta mereka, sabda Nabi saw :
من آذى ذميا فأنا خصمه يوم القيمة ـ الخطيب في تاريخه { 8/ 370 } عن ابن مسعود بإسناد حسن
Maksudnya : siapa yang menyakiti seorang zimmi maka aku adalah musuhnya pada hari Qiamat.


Jelas di sini menunjukkan kepada kita akan larangan menyakiti ahli zimmah dan mezalimi mereka hinggakan Nabi menjadi seteru kepada mereka.


Sejarah Tamadun Islam membuktikan kepada kita bahawa Islam dan Ummatnya tidak pernah menzalimi Ahli Zimmah yang menetap di wilayah-wilayah Islam,bahkan menjamin keselamatan mereka dan tidak memusnahkan tempat ibadat mereka.Antara contoh yang boleh kita ambil sejarah pembukaan Al-Quds di zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Bin Khattab,dalam peristiwa pembukaan kota tersebut gereja-gereja tidak di musnahkan bahkan Khalifah pergi melawat salah sebuah gereja di sana dan bertemu dengan rahibnya,sehingga kini(jika tidak salah maklumat penulis) gereja-gereja itu masih wujud di kota Al-Quds dan terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa.


Antara contoh lain dalam pembukaan Constantinople (yang di takluk dengan perperangan) Khalifah ketika itu Sultan Mehmet Al-Fatih tidak memusnahkan gereja-gereja yang ada didalam kota tersebut bahkan menjadikan Aya Sofya(salah sebuah gereja terbesar di Constantinople) sebagai Masjid !!!


Di sini saya menyeru kepada mereka yang meniup api fitnah supaya di robohkan gereja di negeri-negeri yang di kuasai oleh umat Islam,agar menghentikan seruan mereka,kerana apa yang mereka serukan adalah batil, dan amat bertentangan dengan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Islam,dan saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri agar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan fahaman Salafussoleh.Wallahu a’lam


Sumber: 
Rumpun Tamadun Melayu yang merujuk:-
*Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq
*Minhajjul Muslim oleh Abu Bakr Jabir Al-Jazairi



Di jalan yang berliku moga ALLAH permudahkan jalanku

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 


Salam to all readers~ =) Last night I've got something. Yes, for sure, I will shared it. 




My heart is a kite
held by a string
in the middle of a storm

O Allah,
I’m not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

O Allah,
I’m not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends


Sepi. Benar, seluruh dunia bagaikan sepi. Walau dikelilingi ramainya orang. Walau ditimbuni harta melimpah ruah. Namun, hati ini kosong sendiri. hati tidak berpenghuni.Melihat orang jatuh cinta, dia juga ingin jatuh cinta. Namun, dia juga tidak mampu untuk membohongi diri. Seluruh cinta itu bagaikan tiada. Mungkin benar jua, dia sudah tidak punya hati dan perasaan itu. Kadang kala dia putus asa kerana dia menganggap dia sudah hilang jalannya. Jalan yang gelap. Suram dan tidak berpenghuni. Deserted.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 28).
Putus asa? Tekanan? banyak masalah?
So, di sini terdapat beberapa tips rohani untuk manage stress. Yang lain boleh google je kowt. Hehe

 1) Bersabar dan bersolat.

Some people (like me T__T) sangat payah untuk meluahkan masalah. As my name is 'Farah' which is mean kegembiraan, saya rasa macam owh, I have a problem that I shouldn't have. Siapa yang suka problems? But do you know? Masalah itu adalah guru bagi kita. Kenapa? Apa pun jenis masalah yang kita hadapi sangat mengajar kita. Masalah = kekecewaan. Kecewa itu adalah guru bagi diri kita. Bagi yang susah nak bercerita kepada sahabat handai adalah lebih baik mengadu pada DIA. Dia pasti mendengar. 


Kunci utama adalah SABAR =) Sabar itu indah. Campaklah kita walau di mana pun, jika kita sabar, segalanya mudah kita harungi.

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Ali Imran:200)

Dan solat itu juga penting. Create the link.untuk mendirikan rumah, tiangnya perlu ada, perlu kukuh, perlu stabil. Solat itu tiang agama. Bagaimana rumah andai tiada tiang? Mudahlah goyah. Mudahlah runtuh.

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."


2) Menghidupkan malam.

We keep crying. Pada benda yang tidak sewajarnya. Kadang-kadang ia menyakitkan. Kadang-kadang kita menyakiti diri sendiri.



Nak tahu apa dia rahsia untuk kuat dan menjadi semakin tabah? Anda ada jawapannya =D 

Bangun Qiamullail

Bangun malam ni dapat membina kekuatan diri. Insyaallah, apa yang sukar, Allah permudahkan. Apa yang dianggap mustahil, Allah akan benarkan.

UPDATE: Ups tertinggal satu. 

3)Perbanyakkan membaca al-Quran.

Satu lagi terapi yang sangat perlu dititik beratkan. No one can cure a broken heart like the Quran does~ True. Very true.


Ditujukan kepada diri saya sendiri terutamanya. Selamat beramal. =) Waallahu'alam.

sumber: dr cinta punya blog

Islam yang sebenar



Islam. Itulah agama yang satu. Agama yang mendapat pengiktirafan dari Yang Maha Esa. Syumul bermaksud sempurna (kamil) dan menyeluruh. Ya. Islam itu lengkap dan menyeluruh. Islam meliputi segala aspek dunia dan akhirat. Aspek kehidupan, kematian, kemasyarakatan, akhlak murni, sosial, ekonomi dan banyak lagi.
Kadang-kadang diri ini berasa pelik dan hairan.Kadang-kadang, sedih juga dengan sikap yang sebegini. Kita semua tahu, tapi, ramai yang buat-buat tak tahu.
Situasi :-
1) Dia seorang yang menjaga aurat. Tapi, dia ber’couple’. Ber’dating’ walaupun tidak berpegangan tangan. Sering ber’sms’, ber’call’ dan lain-lain lagi.
2) Dia seorang yang suka menolong kawan. Tapi, mulutnya seringkali mengumpat.
3) Dia seorang yang suka berhujah tentang agama. Tapi, dia suka menyakiti hati sahabatnya. Sering menghina dan mencaci.
Persoalan di sini, benarkah si dia itu Islam yang sejati??
Benarkah itu yang diperintahkan-Nya??
Ya. Islam.
Sebab tertera di IC. Sebab namanya baik. Sebab dia belajar agama.
Tapi, dia dan kita semua selalu lupa.Tentang satu perkara. Bahawa Islam itu syumul dan menyeluruh. Tak boleh ambil separuh-separuh.
Kita ambil ayat ini untuk menyuarakan fitrah,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.” (Al-Rum : 21)
Kononnya ber’couple’ itu satu keperluan. Fitrah manusia untuk berkasih sayang.
Tapi kita abaikan ayat ini,
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)
Kita buat-buat tak tahu dengan hadis ini,
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Kita ambil ayat ini untuk kita menutup aurat,
“Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”(Al-Ahzab : 59)
Tapi kita abaikan ayat ini,
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Hujurat : 12)
Kita tetap mengumpat saudara sendiri. Kita tetap sibuk mencari kesalahan orang. :(
Islam itu menyeluruh,
tidak boleh kita ambil separuh-separuh,
apa yang diperintahkan-Nya kita kena patuh,
barulah iman dan takwa di hati teguh. ^^
Islam itu agama Allah,
Tidak boleh sesuka hati kita nak membantah,
Kita perlu amalkan dengan penuh,
Moga usaha kita nanti beroleh barakah.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Baqarah : 208-209)
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Surah Al-Ahzab : 36)
*Sama-sama kita koreksi diri sendiri*
~Wallahua’lam~
sumber: pencari cinta ilahi

22 March, 2012

Perasmian

Assalamualaikum..

Hai semua,


wujudnya blog ini adalah untuk tugasan berkumpulan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) group kami, and  di samping itu, kitorang harap info-info yang akan kitorang ketengahkan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada readers sekalian (:

Diharapkan semua readers dpt memberi sokongan yang penuh dalam usaha memperbaik blog ini, InsyaAllah.