Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud:
"Akan datang suatu masa pada manusia,pada masa itu seorang lelaki dihadapkan dengan pilihan antara kelemahan dan kemaksiatan, maka barangsiapa yang menjumpai masa itu,hendaklah memilih kelemahan dan meninggalkan kemaksiatan."
(HR. Hakim dari Abu Hurairah)
Dalam isyarat Rasulallah SAW itu memberikan gambaran bahawa umat islam akan dihadapkan dengan banyaknya kemaksiatan , kejahatan,pengkhianatan,penipuan,perkosaan dan lain2 .Pada masa itu umat islam dihinggapi penyakit lemah,tiada kekuatan untuk melawan.Sebagai orang islam,adalah menjadi kewajipan kita untuk menjauhkan diri daripada perkara2 berupa kemaksiatan ataupun kemungkaran2 lain.
Di akhir zaman,kemungkaran dan kemaksiatan berleluasa. Hendaklah kita mencegah kemungkaran sekadar kemampuan kita
sabda Rasullallah SAW:
" Sesiapa diantara kalian mengetahui kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya(kekuasaannya), apabila tiada mampu ,maka ubahlah dengan lisannya, apabila tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya(merasa benci), Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Imam Ahmad)
Segala kemungkaran dan kemaksiatan adalah pujuk rayu syaitan.
maka jauhilah pujuk rayu syaitan itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang2 yang beriman, janganlah kalian mengikuti tipu daya syaitan. Dan sesiapa yang mengikuti tipu daya syaitan sesungguhnya syaitan itu menyuruh berbuat keji dan mungkar, seandainya tiada kurniaan Allah dan rahmat-Nya pada kalian. tentu tidak ada seorangpun daripada kalian yang bersih selama-lamanya. Dan tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:31)

Rahim 
0 comments:
Post a Comment