Taj Mahal dikenali sebagai contoh karya senibina muslim India. Selain itu Taj Mahal di kenang sebagai lambang cinta abadi Kaisar Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan simbol cinta dan hasrat. Taj Mahal dibangunkan oleh Kaisar Mogul yang kelima pada tahun 1631-1648 untuk mengenang Arjuman Bano Begun atau lebih dikenali sebagai Mumtaz Mahal.
Pada awalnya, Shah Jahan hanya menyebut masjid itu sebagai makam Mumtaz Mahal. Namun, akhirnya ia berkembang menjadi Taj Mahal. Taj Mahal jika diterjemahkan beerti "Istana Mahkota", sebuah perluasan dari nama Mumtaz Mahal yang berasal dari Persia.
Mumtaz Mahal meninggal pada usia 39 tahun, ketika melahirkan anak ke-14 pada tahun 1631.Kematian Sang Permaisuri ini membuatkan Sang Raja begitu sedih. Sebelum meninggal, Mumtaz telah berpesan 'beta ingin membina sebuah makam yang tidak pernah disaksikan oleh dunia sebelum ini untuk dikenang'.
Shah Jahan memerintah Ustaz Ahmad untuk melakar dan membina bangunan ini. Beliau telah mengumpulkan 20 000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Arkitek yang paling mahir, bersungguh-sungguh, ahli kaligrafi, pemahat batu dan tukang batu yang datang dari seluruh India dan daerah yang jauh seperti Persia dan Turki.
Bumbung, kubah dan menara telah diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah, Taj Mahal salah satu daripada tujuh senibina yang ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuk berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal telah mengambil masa selama 22 tahun. Bahan bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia Tengah dengan menggunakan seribu gajah. Maka terdirinya kubah utama setinggi 57 meter.
28 batu-batuan indah dari pelbagai wilayah Asia digunakan seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, Jasper dari Punjab, Jed dan kristal dari China, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Sri Lanka, batu bara dan batu kornelian dari Arab dan berlian dari Pannar. Laintainya juga dibuat daripada pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.
Tidak seperti makam Mughal yang lain, taman Taj Mahal berada di depan makam. Latar belakang Taj Mahal adalah langit, sehingga Taj Mahal dilihat begitu gemerlap dengan warna. Komposisi bentuk dan garisnya pun sempurna.
Taj Mahal menggabungkan bentuk tradisi seni Persia dan seni Mughal pada awalnya. Inspirasi datang dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk Gur-e Amir iaitu makam timur, pengasas Dinasti Mughal di Samarkand, Makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah yang disebut sebagai bayi Taj dan Masjid Jama.
ref :
http://id.shvoong.com/humanities/history/1861471-sejarah-taj-mahal/
http://www.taj-mahal-india-travel.com/history-of-taj-mahal-agra.html


Rahim 
0 comments:
Post a Comment